Kata-kata Aluan Pengetua
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kita dapat menyambung satu usaha yang murni Laman Blog SMK Pengkalan Lebai Man.Laman blog ini berperanan sebagai penghubung warga sekolah dengan masyarakat, sektor pendidikan dan serata dunia. Selain daripada mewujudkan saluran maklumat mengenai sekolah, laman ini juga adalah sebagai satu medium bagi para guru dan pelajar melibatkan diri di dalam bidang teknologi maklumat Saya berharap laman ini dapat memberi seberapa banyak maklumat pendidikan dan mewujudkan komuniti maya diantara warga sekolah dan masyarakat.
Tahun 2020 adalah tahun yang lebih mencabar kepada warga SMK Pengkalan Lebai Man apabila pelbagai transformasi baru diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Tahun ini juga merupakan tahun kedua SMKPLM berada dalam program PROPEKS. Program PROPEKS merupakan satu usaha KPM ke arah membantu barisan kepimpinan sekolah melahirkan modal insan unggul melalui pembelajaran yang menyeronokkan serta penglibatan pembelajaran murid yang aktif dan bermakna. Program ini akan disokong dengan kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.
Semua guru harus menyahut cabaran naratif pendidikan masa kini, selaras dengan slogan kita “Now, We are different”. Semua warga sekolah tidak wajar membiarkan slogan ini kaku di papan iklan, tetapi wajib menjunjung, menghayati dan cuba merealisasikan intipati yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Semua anak-anak yang berada di SMKPLM haruslah dianggap berpotensi untuk digilap menjadi permata yang berharga sekaligus memberikan makna kepada masyarakatnya.
Semua warga sekolah juga harus cepat menguasai perubahan demi perubahan yang berlaku dengan pantas agar kita tidak ketinggalan ditelan arus perubahan sekaligus memastikan anak-anak didik kita juga mendapat maklumat yang tepat dengan situasi semasa.Guru guru harus bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyerap segala perubahan yang mendatang. Oleh itu, marilah kita bersama sama kuatkan pasukan kerja kita untuk menjamin kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun ini. Jadilah kita “seikat seperti sirih, serumpun seperti serai”, berganding bahu mengambil langkah sederap, moga 2020 adalah milik SMK Pengkalan Lebai Man.
Yakinlah bahawa kejayaan sudah semakin hampir dengan kita, semoga hasrat murni ini mendapat keredhaan dan rahmat Allah jua.
Wassalam.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(AZMI BIN OTHMAN)
PENGETUA SMK. PENGKALAN LEBAI MAN